Monday, September 23, 2013

Diet : Beginner 101

Salam..

Anak dah tido. bleh taip entry lagi. hehe

Tadi dah citer pasal workout, so skang citer pasal Diet.
Diet = corak pemakanan yang betul.
Bukan nya Diet = tak payah makan

Orang tua2 kata, "abs are made in the kitchen". So kalau workout saje, tidak mencukupi untuk dapatkan badan yang sihat dan fit. Diet kena ubah jugak. Masalahnyaaaaa, sapa tak suka makan sedap2? kan?
Sapa nak makan salad hari2? Sapa x mo makan nasik? eisk2..

Bagi org yang baru nak mula menginsafi diri ke arah yang lebih sihat, tak perlu berubah dengan drastik. Semuanya boleh bermula dengan sedikit perubahan, yang penting, ISTIQAMAH. jangan hari ni makan nasik sepinggan, esok setgh pinggan, lusa segenggam..tiba2 weekend jadi 2 pinggan. macam mana tu? hehe

Ada beberapa perkara mudah yang anda perlu tahu sebelum mengamalkan apa2 diet. Korang kena ingat satu perkara,apa yang sesuai dengan aku, tak semestinya sesuai untuk korang. Badan kita tak sama. So kena buat kajian sendiri dan study mana yang sesuai.

Walaupun ada bermacam2 jenis diet dalam dunia ni, yang penting, mesti MAKAN. jangan tak makan. Starving yourself will never make u lose weight. Makanan dicipta oleh Allah swt untuk dimakan, tapi manusia ni lupa, sehingga makan melebihi keperluan, berlebih2.. jadi, berpada2 lah walau apa pun korang nak makan, selagi HALAL.

Aku tak pandai kira kalori. Serius. dari dulu sampai sekarang, x pandai dan x minat. Jangan ikut mcm aku, korang g la blaja camna nak kira semua. yang aku nak tulis ni guide cincai2 jer..kata beginner kan hehe

1. Minum banyakkkkkk air .. air kosong

Rasanya kat mana2 diet ko baca pun mesti suh minum air kosong banyak kan? berapa banyak?
Lebih kurang 2-3Liter sehari, ikut berat badan memasing
makin berat, lagi kena minum banyak air
Sebab ? nak flush segala toxin dlm tubuh badan baru la boleh serap nutrisi makanan.
Amalkan air kosong atau green tea. Kurangkan gula dalam minuman, tayah gula terus lagi bagus.
Air buah bleh minum ? Boleh. tapi jangan tambah gula. dan ingatlah air buah tu ada kalori sendiri. So klau ko minum air tembikai 2 L sehari insyaAllah belum tentu kurus. hehe

2. Bersihkan peti sejuk dan almari makanan

Cuba check peti sejuk korang..check skali almari yg letak jajan2.
Itu yang slalu buat orang fail nak kontrol nafsu makan.
Sebenarnya bukak peti sejuk nak minum air, tapi nampak coklat, makan la sikit.. kejap tengok dah habis. erghhh
Sekarang, buang segala jajan2 makanan yang tak berkhasiat, Jangan sayang2. sayang la kat diri sendiri tu.
Bila ko dah takda pilihan, tiap kali bukak almari nampak oat je, terpaksa makan oat je. Maggi dah takde. Mamee dah takda. Kesian.
Bukak peti sejuk, ada epal dengan lobak je. Lapa? makan la tu je. kenyang insyaAllah..

3. Portion control. 

Selalu makan nasik brapa pinggan? satu pinggan je? oooo bagus.
so skang bleh ubah kepada setengah pinggan. Slow2 la. Jangan terus makan segenggam..nescaya masa dinner nanti ko akan makan 3 pinggan terus. Balas dendam. hehe
Mula2 mmg perut ko rasa tak ckup makan.. kalau masih lapar lepas kurangkan portion, minum air atau makan buah. tunggu 20minit baru otak ko paham..oooo dah kenyang rupanya. hehe

Bukan nasik saja yang kena kontrol. segala jenis makanan yang ko rasa makan secara berlebihan dan tidak perlu, sekadar mengisi kebosanan, baiklah dikurangkan. dengan cara yang sama, berdikit-dikit.

4. Pilih makanan yang lebih baik dari yang tak berapa baik.

Pilih makanan panggang atau rebus berbanding goreng2
Pilih sayur mentah/ulam2 berbanding sayur yang ditumis banyak minyak
Pilih roti wholemeal berbanding roti putih
Pilih bahagian dada ayam berbanding peha/kepak

5. Healthy plate



For me, this is how our plate should looks like. Ada carbs, protein, lemak, veggies, fruits. As long as your plate looks like this, insyaAllah you will lose your weight, with proper workouts of course.

Itu saje. Senang je kan? kan? kan? Tapi kalau dah malas, mmg semua pun susah la. hehe start slow2, smpai boleh adapt. Aku pun baru nak mula. Jom lah sama2.




No comments:

Post a Comment