Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Bila orang akan perasan yang korang dah kurus?


Salam.

Yesterday, someone asked me this question.

" aku dah loss 5kg..kenapa xda siapa tegur aku dah kurus ek? laki aku pun ckp nampak mcm biasa je..frust btol..sia2 je eksesais, jaga makan. rasa tak berbaloi"

1st thing u should always remember. You gain your weight slowly over a years, until u gain 20kg.
and now you want people to notice your 5kg loss? and u said its not worth it? think again.

Some people just easily get demotivated and frustrated because nobody said (infront of their face) that they’re looking better which they expect  to hear “eh awak dah makin kurus la !”
Do you know if you work really hard n watch your diet, YOU will only feel/see changes to your body at the 4th week. It’s a MONTH before you yourself feel/see any changes. Itu kalau work hard, klu workout main2, kejap ada kejap takda, what do u expect?
Itu ko sendiri baru perasan, orang lain mesti la lambat lagi nak perasan. Some people even loss 10kg and nobody said anything. But it doesn’t matter. You just need to focus and keep doing what u r doing, and do it the right way.
That should be motivates you more. Untuk buktikan pada orang x sia2 workout n diet, hard works paid off walaupun lambat, it is the safest way.
Kalau korang perasan kan, manusia ni mmg perangai nya mcm tu. Kalau gemuk, kejapppp aje dia pasan..dan tak menyaba2 nak komen orang tu gemok (padahal dia tak kurus pun haha). Cuba klu org tu nampak kurus skit, dia sok sek sok sek ckp kat org lain bisik2 “dia tu mcm dah kurus skit kan..tapi sikittt je la..masih gemok gak aku tgk..” kannn? Sehingga la ko dah tak pakai baju yg sama ko pakai slalu gi keje, sbb baju lama dah besar.. dan kemudian ada la org terhegeh2 g dkt ko dan ckp “ mcm dah kurus skang kan.. makan apa?” ok, masih negative tp dah ok sket la kan ckp kurus haha.
Mentality biasa; kurus = makan ubat /pil kurus /minum air magik/makan replacement.
Tak pernah org tanya aku, kurus nak buat eksesais apa? Haram tak pernah. Dan jawapan paling tepat untuk org mcm ni adalah.. saya makan nasik. 3 kali sehari. Dengan lauk ayam/ikan/daging dan sayur. Minum air masak byk2. Gerenti, org yang tanya terus buat muka “ok..fineeee” terus blah, tak berminat cara susah payah tu. Hahaha

Ada byk sebab kenapa orang tak perasan weight loss kita tu:

-          Badan kita mmg dah original besar . klu berat 90kg, x bley nampak lagi beza dengan 85kg or 80kg. so sabar banyak2

-          Kita buat workout yg x cmpur weight n strength. So badan lambat toned. Fatloss adalah lebih obvious daripada weight loss. So jangan aim weight loss saja n badan geleber so x nmpk kurus.

-          Genetic. Xleh nak buat apa. Bersabar je la smpai dpt berat idaman kalbu hehe.

-          Kita excited tuka saiz baju. Haha. Betul tak? Klu ko dah turun 5kg n bleh fit in baju saiz L dari saiz XL mmg la org x pasan sbb nya baju ko muat2 je..sama mcm saiz XL muat2 je..so, x nmpk different. Sabar lagi ;)

-          Mgkin yg loss tu adalah air. Jadi x nampak sangat beza pd badan. Aim for more fatloss.

-          Manusia mmg ego. Xnak ngaku org lain dah kurus. Hehe ni la yg banyaknye.

Kesimpulannya, just keep it up -- Your spirit, your motivation, your trust in yourself. If u can lose 5kg, u certainly can lose more. If you quit now, all the hardworks is useless. All the pain, all the sweat, all the time that you sacrifice, all the food you gave up for a better you, is USELESS. And please, do you really want to start this all over again, FROM ZERO? I will not.

Just remember setiap orang chemistry badan nya x sama. Ada org bleh lose weight cepat, ada yang lambat. ada yg boleh makan nasik n kurus, ada yg makan nasik semangkuk naik berat badan. So don’t just focus on your weight. This journey is more than that. Being healthy should be the first in the list, so the other thing will be follow.

You are not competing with anyone. The only enemy lies within yourself and its in your mind. FIGHT!

 

 

Wednesday, October 9, 2013

WHY I CHOOSE THE HARD WAY


Salam..

Semenjak dua menjak ni macam banyak giler iklan utk mengkuruskan badan kat FB. Dan sangat beramai2 orang like. Yang paling pelik adalah orang yg aku kenal dah sedia kurus, LIKE iklan product pengkurusan badan. Sangat Pelik. Hehe

Betapa mudahnya nak kurus ek.. boleh minum ajer, tak payah eksesais, tak payah diet, confirm turun berat 5kg seminggu.

Tak pun sapu krim, boleh hilang 10kg seminggu.

Yang paling best dan terkini, boleh sapu aje gel tu, confirm kurus! Giler hebat.

Seriously, sapa yang percaya benda mengarut macam tu ek?

Oh, ramai rupanya. Hehehe

Sebenarnya ada banyak cara untuk kurus. Kita boleh pilih mana yang sesuai dengan diri kita. Bukan produk2. Bukan sapu2. Bukan krim2. Bukan bancuh air kurus. Bukan bukan bukan.

1.       Kalori deficit

-          Senang je, kalori masuk < kalori keluar. Atau, Kalori keluar > kalori masuk.  Maksudnya kalau kalori keluar lebih dr  yg masuk, akan ada penurunan berat badan. Tapi mcmana nak kira2 kalori ni? Korang bleh study kat web ni www.sususejat.com . Sangat banyak informasi  berguna dan tuan punya web tu dah Berjaya mengaplikasi kan kalori deficit ni smpai dia dah kurus skang.  Web lain : www.kevinzahri.com  www.cekodok.com

-          Tapi dlm proses nak menguruskan badan guna kalori deficit ni, kena jugak eksesais untuk meningkatkan kalori yang keluar or terbakar

-          Tapi, aku mmg tak pandai keje kira kalori tu. So aku skip. Hehehe

 

2.       Diet yang femes : ATKINS

-          High protein, super low carbs. Klau buat atkin ni, mmg cepat turun berat badan. Tapi kena serius sangat strict. 20g sehari carbs, untuk 2 minggu induction. Ko mampu??

-          Ini sedikit info pasal Atkins : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/7195-atkins-diet-.html . Selebihnya sila google sendiri. Hehe

-          Personally, aku xda masalah dengan orang yang buat diet Atkins ni. Jeles lagi ada sebab dorang bleh turun berkilo2 dalam seminggu sedangkan aku hanya turun beratus gram. Ohh sedih..!

-          Bistu kenapa aku tak nak buat Atkin jugak? Sebab aku pencinta carbs. Semua makanan yg aku suka, ada dalam senarai “Don’t Eat This” atkins. Hehe kesian kann?

-          Cuma aku nak nasihatkan kawan2 yang buat atkins ni, jangan mkn processed food banyak sgt. Contoh hotdog. Walaupon ko rebus. Walaupon ko bakar. Its processed. So makan real food. Yg low carbs dan high protein. And please minum air banyak. Bila korang makan banyak gila protein, buah pinggang korang penat nak tapis. Sebab tu la in the end akan rosak. Sebab tu la takleh selamanya nak buat atkins. Sebab tu la, aku mmg  xleh survive klu buat atkins. Hehe

 

3.       Low fat, high protein, high carbs

-          Dulu2 kan, sangat pemes low fat ni. Semua mende beli nak low fat. Kononnya lemak tu la yg jahat smpai jadi gemuk tu. Kesian lemak. Padahal klu lemak badan takde, apa yg tinggal kat badan kita? Tulang n muscle. Confirm mcm jerangkung. Haha

-          Low fat diet pada aku so overrated. So aku xnak pilih diet ni. Sapa tak ske makan peanut butter kan kan? Hehe

-          Yang betul nya adalah kena pilih lemak yang betul, lemak yang baik2 jer, jahat2 taknak. Nak tau lemak baik ke tidak, tanya pakcik Google (good fat, bad fat). Hehe

 

4.       Diet seimbang dan eksesais

-          Ni la diet paling senang. Boleh makan segala carbs, protein, fats. Dengan nisbah yang betul. Dengan amaun yg sesuai. Smpai orang akan tanya ko “eh, ni diet ke tidak ni? Kata diet tp makan banyak” typical kan? Hehe

-          Ramai orang ingat kalau diet je kena makan skit or skip makan or tak makan langsung. Kesian badan kan. Nnti takde tenaga. Kita patutnya makan dengan kadar yang sederhana, bukan tak makan langsung.

-          Eksesais is a must bagi aku. Ada sesetengah orang mmg boleh kurus walaupun tak eksesais. Cuba suh dia bukak baju. Sama tak badan ngan orang eksesais? Hehehe confirm taknak bukak baju punyerrr ;P

Kesimpulannya, this is why I choose the hard way, diet and exercises :

1.       My aim/goal is not only about losing weight, I want to be healthy and fit mummy for my beloved husband n childrens. I don’t want to let them play by themselves while I watched them from the side of the park, or side of my bed because I’m sick. Huhu

2.       The satisfaction. Rasa puas bila dpt buktikan “we can do it” bila semua orang kata “u can’t do that”.  

3.       I love foods so much. Kadang2 bila kita control makan, lagiiiii rasa nak makan. Berbeza bila kita makan in moderation, dapat rasa sikit pun jadi la. So takda craving mengarut2 hehe

4.       I believe in calories. But I don’t know how to incorporate that in my daily life. I mean, like forever? So I keep it simple. Rule of plate. Rule of palm. Kenyang, berhenti. Lapar, pikir dulu lapar ke haus? Minum air dlu. Ok, lapar, makan. hehe

5.       Kalau lose weight dengan diet & exercise, walaupun slow, insyaAllah susah nak naik berat balik. Kecuali ko membaham kfc dan mekdi hari2. Dalam sebulan. Ataupun ko pregnant. Dan melahap macam aku. Confirm la naik balik. Hehe

6.       Muscles. I want to be strong and muscular. Tapi bukan la manly, girlie muscular. Haha ade ker? Memandai ajer. Klau kurus badan lembik buatpe?

 

That’s it. Keep repeating the mantra..

HARD WORKS PAID OFF.
Believe me.

 

Monday, September 23, 2013

Diet : Beginner 101

Salam..

Anak dah tido. bleh taip entry lagi. hehe

Tadi dah citer pasal workout, so skang citer pasal Diet.
Diet = corak pemakanan yang betul.
Bukan nya Diet = tak payah makan

Orang tua2 kata, "abs are made in the kitchen". So kalau workout saje, tidak mencukupi untuk dapatkan badan yang sihat dan fit. Diet kena ubah jugak. Masalahnyaaaaa, sapa tak suka makan sedap2? kan?
Sapa nak makan salad hari2? Sapa x mo makan nasik? eisk2..

Bagi org yang baru nak mula menginsafi diri ke arah yang lebih sihat, tak perlu berubah dengan drastik. Semuanya boleh bermula dengan sedikit perubahan, yang penting, ISTIQAMAH. jangan hari ni makan nasik sepinggan, esok setgh pinggan, lusa segenggam..tiba2 weekend jadi 2 pinggan. macam mana tu? hehe

Ada beberapa perkara mudah yang anda perlu tahu sebelum mengamalkan apa2 diet. Korang kena ingat satu perkara,apa yang sesuai dengan aku, tak semestinya sesuai untuk korang. Badan kita tak sama. So kena buat kajian sendiri dan study mana yang sesuai.

Walaupun ada bermacam2 jenis diet dalam dunia ni, yang penting, mesti MAKAN. jangan tak makan. Starving yourself will never make u lose weight. Makanan dicipta oleh Allah swt untuk dimakan, tapi manusia ni lupa, sehingga makan melebihi keperluan, berlebih2.. jadi, berpada2 lah walau apa pun korang nak makan, selagi HALAL.

Aku tak pandai kira kalori. Serius. dari dulu sampai sekarang, x pandai dan x minat. Jangan ikut mcm aku, korang g la blaja camna nak kira semua. yang aku nak tulis ni guide cincai2 jer..kata beginner kan hehe

1. Minum banyakkkkkk air .. air kosong

Rasanya kat mana2 diet ko baca pun mesti suh minum air kosong banyak kan? berapa banyak?
Lebih kurang 2-3Liter sehari, ikut berat badan memasing
makin berat, lagi kena minum banyak air
Sebab ? nak flush segala toxin dlm tubuh badan baru la boleh serap nutrisi makanan.
Amalkan air kosong atau green tea. Kurangkan gula dalam minuman, tayah gula terus lagi bagus.
Air buah bleh minum ? Boleh. tapi jangan tambah gula. dan ingatlah air buah tu ada kalori sendiri. So klau ko minum air tembikai 2 L sehari insyaAllah belum tentu kurus. hehe

2. Bersihkan peti sejuk dan almari makanan

Cuba check peti sejuk korang..check skali almari yg letak jajan2.
Itu yang slalu buat orang fail nak kontrol nafsu makan.
Sebenarnya bukak peti sejuk nak minum air, tapi nampak coklat, makan la sikit.. kejap tengok dah habis. erghhh
Sekarang, buang segala jajan2 makanan yang tak berkhasiat, Jangan sayang2. sayang la kat diri sendiri tu.
Bila ko dah takda pilihan, tiap kali bukak almari nampak oat je, terpaksa makan oat je. Maggi dah takde. Mamee dah takda. Kesian.
Bukak peti sejuk, ada epal dengan lobak je. Lapa? makan la tu je. kenyang insyaAllah..

3. Portion control. 

Selalu makan nasik brapa pinggan? satu pinggan je? oooo bagus.
so skang bleh ubah kepada setengah pinggan. Slow2 la. Jangan terus makan segenggam..nescaya masa dinner nanti ko akan makan 3 pinggan terus. Balas dendam. hehe
Mula2 mmg perut ko rasa tak ckup makan.. kalau masih lapar lepas kurangkan portion, minum air atau makan buah. tunggu 20minit baru otak ko paham..oooo dah kenyang rupanya. hehe

Bukan nasik saja yang kena kontrol. segala jenis makanan yang ko rasa makan secara berlebihan dan tidak perlu, sekadar mengisi kebosanan, baiklah dikurangkan. dengan cara yang sama, berdikit-dikit.

4. Pilih makanan yang lebih baik dari yang tak berapa baik.

Pilih makanan panggang atau rebus berbanding goreng2
Pilih sayur mentah/ulam2 berbanding sayur yang ditumis banyak minyak
Pilih roti wholemeal berbanding roti putih
Pilih bahagian dada ayam berbanding peha/kepak

5. Healthy plate



For me, this is how our plate should looks like. Ada carbs, protein, lemak, veggies, fruits. As long as your plate looks like this, insyaAllah you will lose your weight, with proper workouts of course.

Itu saje. Senang je kan? kan? kan? Tapi kalau dah malas, mmg semua pun susah la. hehe start slow2, smpai boleh adapt. Aku pun baru nak mula. Jom lah sama2.